followmyblog

Rabu, 20 Januari 2021

TIPS DAN CARA PENJAGAAN MUKA





1. Steam Wajah

Tips penjagaan kulit muka dengan betul untuk kekal sihat tidak semestinya dilakukan di salon kecantikan sahaja. Anda masih boleh melakukannya sendiri, caranya sangatlah mudah. Tips penjagaan muka menggunakan teknik steam ini sebenarnya sudah dilakukan oleh ramai wanita pada zaman dahulu. Caranya, didihkan air dan masukkkan hirisan lemon, tomato ataupun timun. Kemudian dekatkan wajah anda ke air panas tersebut. Lakukannya selama 10-20 minit secara teratur pada setiap minggu.

Steam wajah berupaya membantu untuk menghindari pori-pori tersumbat dan membersihkan kulit anda daripada sebarang kekotoran seperti debu. Steam juga membantu anda menghindari masalah kulit kusam serta berjerawat yang disebabkan oleh sisa-sisa mekap dan sebagainya.

 

2. Kunyit Hidup

Tahukah anda bahawa kunyit mempunyai banyak khasiat utuk memutihkan kulit, samada kulit tubuh mahupun kulit wajah. Tips penjagaan kulit muka dengan betul dengan bahan natural dan organik, bolehlah gunakan kunyit.

Kulit wajah anda bukan setakat cerah dan putih, bahkan juga bersinar-sinar. Campurkan satu sudu makan kunyit hidup yang sudah dikisar halus dengan ssetengah sudu makan madu. Baurkan adunan tersebut hingga sebati sehinga membentuk adunan seperti pasta. Kemudian aplikasikan pada wajah secara merata, biarkan selama 10 minit dan bilaslah sehingga bersih.

 

3. Rawat Kulit Wajah Sebelum Tidur

Mungkin ramai yang tidak tahu, malam hari adalah waktu yang tepat bagi kulit untuk melakukan regenerasi kulit (pengantian sel-sel kulit mati dengan sel-sel kulit baru atau yang muda).

Proses regenerasi kulit akan membuatkan kulit anda menjadi lebih sihat, anjal, bersih, lembut serta terhindar daripada kerutan serta garis-garis penuaan. Jadi sebab itulah betapa pentingnya menjaga kebersihan sebelum tidur agar kulit wajah dapat bernafas dan tidak menghalangi kulit wajah untuk beregenerasi.

 

4. Bersihkan Sisa-sisa Mekap

Langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah menghilangkan semua sisa mekap dan juga kotaran yang melekat di wajah. Cara yang paling mudah, gunakan ‘make-up remover’.

Tips penjagaan kulit muka dengan betul dengan bahan natural dan organik sebagai make-up remover adalah dengan gunakan air mawar kerana ia bersifat sebagai pembersih semulajadi. Gunakan kapas lembut sehingga semua kotoran dan sisa-sisa mekap itu hilang.

 

5. Jangan Lupa Gunakan Toner

Toner memiliki dua fungsi, sebagai penyegar dan juga membantu membersihkan sisa-sisa kotoran yang tidak dapat disempurnakan oleh make up remover ataupun pembersih muka. Tips penjagaan kulit muka dengan betul dengan bahan natural dan organik dengan menggunakan pati minyak seperti minyak argan, minyak zaitun, minyak jojoba dan banyak lagi.

 

6. Rutin Minum Air Putih

Minumlah air putih sebanyak lapan gelas sehari. Selain dapat menyihatkan tubuh, pengambilan air putih juga dapat membuatkan kulit anda segar dan tidak kering.

 

7. Rajin Bersenam

Usahakan untuk bersenam, paling kurang seminggu sekali. Dengan bersenam anda bukan sahaja terhindar daripada sebarang penyakit, bahakan kulit akan kelihatan lebih tegang dan memperlambatkan kerutan semulajadi pada kulit.

 

8. Berkat Air Sembahyang

Bagi yang beragama Islam, anda pasti tahu  manfaat yang tersembunyi di sebalik kewajipan menunaikan solat. Orang yang rajin menunaikan solat lima waktu dalam sehari, pasti kulit wajahnya akan kelihatan lebih bersinar. Setiapkali mahu bersolat, anda pasti akan membersihkan muka, lima kali dalam sehari sehingga kebersihan kulit wajah akan terjaga dan terhindar daripada masalah-masalah kulit lainnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan